Letusan 2008 Chaiten (gunung berapi)

Imej awan abu dari letusan 2008 yang memanjang sehingga Lembangan San Jorge di Lautan Atlantik.

Letusan terjadi pada pagi 2 Mei 2008 dan memaksa pemindahan lebih 4,000 penghuni dari bandar Chaitén (10 kilometer dari gunung berapi) dan menyebabkan kematian seorang wanita tua.[3] Letusan ini berterusan sehingga 4 Mei.[4] Bandar yang lebih jauh seperti Futaleufú turut terjejas dan bekalan air tercemar.[4]

Sepasukan ahli sains dari A.S. telah dihantar untuk menilai kualiti udara dan risiko akibat bahan kimia jatuh di kawasan terbabit.[4]

Penghuni Chaitén dan Futaleufú kemudian dipindahkan lagi pada pagi 6 Mei 2008, apabila satu letusan besar terjadi, dengan kemungkinan aliran piroklastik dan lava.[5]

Kedua-dua kawah gunung berapi itu kini telah melakur menjadi satu.

Rujukan

WikiPedia: Chaiten (gunung berapi) http://www.patagoniatimes.cl/content/view/489/1/ http://www.scielo.cl/scielo.php?pid=S0716-02082004... http://www.inglaner.com/volcan_chaiten.htm http://uk.reuters.com/article/scienceNews/idUKN022... http://www.terradaily.com/reports/Chilean_volcano_... http://www.volcano.si.edu/world/volcano.cfm?vnum=1... http://www.dagbladet.no/nyheter/2008/05/07/534627.... //tools.wmflabs.org/geohack/geohack.php?pagename=C... http://news.bbc.co.uk/2/hi/americas/7386050.stm http://news.bbc.co.uk/2/hi/in_pictures/7381702.stm